BERLIN: Sebuah negeri di barat Jerman, North Rhine-Westphalia bakal membuka pusat aduan anti-Islam pertama di negara itu menjelang musim bunga 2025, lapor media tempatan semalam. Pusat dikenali sebagai MEDAR, ditubuhkan bagi mendokumentasi dan melaporkan serangan serta jenayah yang mensasarkan komuniti Islam di negara itu. Negeri itu merupakan tempat tinggal kepada lebih 1.7 juta umat Islam, menjadikannya negeri dengan populasi Muslim tertinggi di Jerman. Menurut laporan penyiar awam WDR, MEDAR juga…










