Trump pilih jutawan bank pelaburan sebagai duta ke Britain

Trump pilih jutawan bank pelaburan sebagai duta ke Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden terpilih, Donald Trump menamakan jutawan bank pelaburan, Warren Stephens sebagai utusannya ke Britain.

Stephens merupakan antara penyumbang dana utama Republikan tahun ini termasuk bantuan bernilai AS$2 juta (RM8.9 juta) kepada kumpulan America PAC yang menyokong kempen Trump.

“Stephens sentiasa bermimpi untuk berkhidmat di Amerika Syarikat (AS) sepenuh masa.

“Saya teruja bahawa beliau kini akan mempunyai peluang itu sebagai diplomat tertinggi, mewakili AS di satu daripada negara sekutu yang paling dihargai dan dikasihi AS,” kata Trump dalam catatannya di laman Truth Social .

Senat dikehendaki mengesahkan pilihan itu.

Stephens ialah Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif firma perkhidmatan kewangan Stephens Inc. yang berpangkalan di Arkansas.

Trump menamakan ramai calon untuk Kabinet dan jawatan diplomatik berprofil tinggi dalam kalangan senarai penyokong setianya.

Pada hujung minggu, Trump mengumumkan beliau berhasrat mencalonkan pemaju hartanah Charles Kushner, bapa kepada menantunya, Jared Kushner untuk berkhidmat sebagai duta ke Perancis.

Semasa penggal pertamanya, Trump memilih Robert Woody Johnson, penyumbang kepada kempennya dan pemilik pasukan bola sepak, New York Jets sebagai wakilnya ke United Kingdom (UK).-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×