Suspek pembunuhan Eksekutif UnitedHealth ditahan di Pennsylvania

Suspek pembunuhan CEO UnitedHealth ditahan di Pennsylvania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALTOONA: Seorang lelaki yang disyaki membunuh eksekutif UnitedHealth, Brian Thompson, dalam satu insiden tembakan di luar sebuah hotel di Manhattan berjaya diberkas, sekali gus menamatkan operasi pemburuan selama lima hari.

Suspek, Luigi Mangione, 26, diberkas di Altoona, Pennsylvania, selepas seorang pelanggan dan pekerja di sebuah restoran McDonald’s mengenal pasti wajahnya menyerupai penembak yang dicari polis.

Menurut kenyataan polis dalam satu sidang media, Mangione ketika itu sedang makan bersendirian di restoran tersebut sambil memakai topeng, membawa komputer riba dan beg galas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua anggota polis yang menyoal siasatnya menyatakan Mangione kelihatan gementar dan terdiam apabila ditanya sama ada dia baru-baru ini berada di New York.

Hasil pemeriksaan beg galas Mangione di balai polis menemui sepucuk pistol ghost gun yang tidak dapat dijejak, lengkap dengan peluru dan silencer.

Pihak berkuasa menyatakan senjata itu menyerupai senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.

ADS:D

Mangione kemudiannya dibawa ke mahkamah di Blair County, Altoona, pada Isnin malam untuk menghadapi tuduhan memiliki senjata api dan pemalsuan dokumen.

Pihak pendakwa raya memohon agar tiada jaminan dibenarkan atas alasan suspek berisiko melarikan diri, memandangkan dia memiliki sejumlah wang tunai yang besar dan beberapa dokumen pengenalan palsu dan hakim bersetuju dengan permohonan tersebut.

Mangione, berasal dari Maryland, dikenal pasti memiliki beberapa identiti palsu, termasuk kad pengenalan New Jersey yang digunakan untuk mendaftar masuk ke sebuah hostel di Manhattan sebelum insiden tembakan.

“Pihak polis juga menemui dokumen tulisan tangan yang dipercayai menggambarkan motivasi dan pemikirannya,” kata Pesuruhjaya Polis New York, Jessica Tisch.

Brian Thompson, 50, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UnitedHealth telah ditembak dari belakang oleh seorang lelaki bertopeng di luar hotel di Manhattan pada pagi Rabu lalu ketika beliau sedang menghadiri persidangan tahunan pelabur syarikat tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN