MALIBU: Kebakaran hutan yang bergerak pantas menghanguskan lebih 3,000 ekar tanah di Malibu, memaksa ribuan penduduk melarikan diri ketika api marak melanda rumah, ladang kuda dan Universiti Pepperdine. Franklin Fire, satu lagi kebakaran hutan akhir tahun yang ditiup angin kencang Santa Ana, meninggalkan jejak kemusnahan besar apabila pegawai mengesahkan tujuh struktur musnah dan lapan lagi rosak teruk. Bencana alam itu turut menyebabkan lebih 20,000 penduduk dipindahkan, termasuk selebriti terkenal seperti…










