NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuarakan kebimbangannya berhubung peningkatan pertempuran di Myanmar, susulan pertembungan antara pasukan keselamatan dengan kumpulan bersenjata etnik di negara itu. Jurucakap beliau, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan memaklumkan pertempuran di negeri Rakhine, barat Myanmar, mengakibatkan penderitaan dan perpindahan besar-besaran dalam kalangan penduduk awam. “Serangan udara secara semberono mencetuskan lebih banyak kematian dalam kalangan orang awam di beberapa kawasan di negara itu,” katanya. Pertempuran di Rakhine semakin memuncak sejak Tentera Arakan melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan pada November tahun lalu, sekali gus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya