WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM22.3 juta) kepada mana-mana pihak yang memberikan maklumat berhubung skim penipuan melibatkan pekerja teknologi Korea Utara. Skim itu dilaporkan menyusup masuk ke syarikat-syarikat AS, mencuri rahsia dagangan dan menuntut wang tebusan. Menurut Jabatan Negara, sebanyak 130 pekerja Korea Utara berjaya memperoleh pekerjaan dalam sektor teknologi maklumat di syarikat dan organisasi bukan berasaskan keuntungan di AS dari 2017 hingga 2023. Aktiviti tersebut menghasilkan…










