MANILA: Filipina mengarahkan penduduk berpindah menjelang ketibaan Taufan Usagi, ketika pejabat bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon bantuan AS$32.9 juta (RM146.58 juta) untuk negara itu selepas ribut baru-baru ini mengorbankan lebih 150 orang. Perkhidmatan cuaca negara berkata, Taufan Usagi merupakan ribut besar kelima melanda kepulauan itu dalam tempoh tiga minggu dan dijangka mendarat di wilayah Cagayan di hujung timur laut Pulau Luzon. Ketua Pertahanan Awam Wilayah, Rueli Rapsing berkata, semua…









