Serangan Israel di Lubnan sasar kakitangan perubatan

Serangan Israel di Lubnan sasar kakitangan perubatan

PASUKAN penyelamat menggunakan jengkaut untuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan berikutan serangan udara Israel di kejiranan Basta di Beirut, Lubnan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kementerian kesihatan Lubnan berkata, serangan udara Israel di timur negara itu membunuh pengarah hospital Universiti Dar al-Amal dan enam doktor berhampiran bandar Baalbek.

Kenyataan kementerian mengumumkan kematian Dr. Ali Rakan Allam dan enam rakan sekerjanya dalam serangan pengecut Israel yang menyasarkan kediaman berhampiran hospital.

Kementerian itu turut mengecam siri baharu jenayah perang Israel yang menyasarkan kakitangan perubatan, kemudahan kesihatan dan kawasan kediaman di sekitar Lubnan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 226 pekerja kesihatan dan pesakit terbunuh sejak pertempuran tercetus antara Israel dan Hezbollah pada Oktober tahun lalu sehingga awal minggu ini.

Sementara itu, serangan udara kuat di kawasan kediaman di tengah Beirut semalam mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan puluhan yang lain..

Rakaman yang disiarkan oleh stesen Al Jadeed menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan kediaman musnah dan beberapa lagi di sekelilingnya rosak teruk.

Kata agensi itu, Israel menggunakan empat bom bunker buster dalam serangan itu, meninggalkan kawah yang dalam dan bau kuat bahan letupan beberapa jam selepas serangan itu.

“Ada habuk berkepul di udara dan rumah yang rosak teruk, orang ramai bertempiran lari dan menjerit. 

“Seluruh keluarga saya, isteri, anak perempuan dan ibu saudara saya kini di hospital,” kata seorang penduduk, Nemir Zakariya.

Kejadian itu merupakan serangan udara keempat minggu ini menyasarkan kawasan tengah Beirut yang padat penduduk, berbeza dengan sebahagian besar serangan awal Israel sebelum ini di kawasan pinggir selatan yang dikuasai Hezbollah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN