Lebih 500,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio

Lebih 500,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan kempen vaksinasi polio kanak-kanak di Gaza telah selesai, dengan lebih setengah juta kanak-kanak divaksin walaupun perang antara Israel dan Hamas sedang berlangsung di wilayah tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak PBB UNICEF, memulakan pusingan kedua vaksinasi di Gaza utara pada Sabtu lalu selepas pengeboman oleh Israel menghentikan usaha tersebut.

“Pusingan kedua kempen vaksinasi polio di Semenanjung Gaza selesai pada Selasa, dengan keseluruhan 556,774 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun menerima dos kedua vaksin,” kata kenyataan bersama tersebut.

Usaha itu disifatkan sebagai pencapaian luar biasa memandangkan keadaan yang sangat sukar di mana kempen tersebut dijalankan.

Jelas kenyataan itu, dianggarkan sekitar 7,000 hingga 10,000 kanak-kanak berada di kawasan yang sukar diakses di utara dan masih tidak divaksin serta terdedah kepada virus polio.

Kempen ini bermula pada 1 September dengan pusingan pertama yang berjaya selepas Gaza mencatat kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun.

Kempen vaksinasi ini diuruskan terutamanya oleh agensi-agensi PBB termasuk WHO, UNICEF dan Agensi Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Sementara itu, pada Sabtu, WHO melaporkan empat kanak-kanak antara enam orang yang cedera dalam serangan terhadap pusat vaksinasi polio di Gaza utara.

Agensi-agensi PBB sekali lagi menggesa supaya gencatan senjata dilaksanakan.

“Jeda kemanusiaan mesti dilaksanakan secara sistematik di luar usaha tindak balas kecemasan polio untuk memenuhi keperluan kesihatan dan kemanusiaan yang mendesak,” kata mereka. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×