Itali hantar 15 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Itali hantar 15 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sebuah pesawat Tentera Udara Itali berlepas dengan membawa lebih 15 tan bantuan kemanusiaan untuk dihantar kepada penduduk di Gaza, lapor Kementerian Pertahanan.

Bantuan di atas pesawat C-130J yang berlepas dari bandar Pisa di tengah Itali itu dikumpulkan oleh badan amal Confederazione Nazionale delle Misericordie d’Italia, kata kenyataan itu.

“Itali sedang melakukan dan akan terus melakukan segala yang mungkin untuk meringankan penderitaan penduduk awam di Gaza,” kata Menteri Pertahanan, Guido Crosetto.

Tambahnya, Itali tidak pernah melupakan mangsa perang yang sedang menderita dan komited untuk meredakan konflik di wilayah itu.

Pesawat berkenan akan mendarat di Lapangan Terbang Larnaca di Cyprus, sebelum semua bantuan kemanusiaan yang dibawanya dipindahkan ke Gaza.

Awal tahun ini, Itali melancarkan inisiatif utama yang digelar Food for Gaza untuk membantu orang awam di sana dan menghantar beberapa kiriman bantuan kepada mangsa perang yang memusnahkan kawasan Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 43,799 orang terbunuh dan 103,601 orang cedera dalam lebih 13 bulan perang.

Jumlah itu termasuk 35 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Tentera Israel berkata, tenteranya meneruskan operasi mereka di kawasan utara Jabalia dan Beit Lahia.

Tentera rejim mendakwa, sejak beberapa hari lalu, anggotanya terus beroperasi di kawasan Rafah, menghapuskan banyak pejuang, membongkar tapak infrastruktur dan mengesan sejumlah besar senjata yang disembunyikan di kawasan selatan wilayah itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN