Gempa kuat 6.6 magnitud gegar Papua New Guinea

Gempa kuat 6.6 magnitud gegar Papua New Guinea

GEMPA BUMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegarkan pantai timur Papua New Guinea, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gempa itu sedalam 51 kilometer dan terletak 123.2 kilometer dari bandar terdekat Kokopo.

Pusat Bencana Kebangsaan Papua New Guinea berkata, pihaknya sedang menilai kerosakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang penyambut tetamu hotel di Kokopo, Vernon Gash, memberitahu AFP, gempa bumi itu agak kuat dan berlarutan kurang seminit.

“Kami sudah biasa, ia berlaku sepanjang masa,” katanya sambil menambah tiada kerosakan pada hotel itu.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi itu.

Gempa bumi sering berlaku di Papua New Guinea kerana negara itu terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan pertemuan dua plat tektonik di mana banyak letusan gunung berapi serta gempa bumi dunia berlaku.

Walaupun jarang menyebabkan kerosakan besar di kawasan yang jarang dihuni, gempa bumi boleh mencetuskan bencana tanah runtuh yang teruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini