China padam video insiden berdarah Zhuhai di media sosial

China padam video insiden berdarah Zhuhai di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZHUHAI: Pegawai di selatan China meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi insiden rempuhan kereta yang mengorbankan 35 nyawa di kompleks sukan di Zhuhai dan bertindak mengalihkan bunga yang diletakkan orang ramai untuk memperingati mangsa.

Isnin lalu, lelaki berusia 62 tahun dikenali sebagai Fan dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai yang sedang bersenam di kawasan jalan di kompleks sukan itu.

Lelaki berkenaan ditahan polis ketika cuba melarikan diri, lapor pihak berkuasa.

Dia dilaporkan mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma.

Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu.

Kenyataan awal polis berkata, seramai 43 orang turut cedera namun video serangan itu kemudiannya dialih keluar oleh penapis internet China.

AFP melihat penduduk dan pemandu penghantaran meletakkan bunga di pintu pagar di luar kompleks itu sejak pagi tadi tetapi dalam beberapa minit ia dialihkan oleh pegawai bertugas di kawasan itu.

“Apa yang berlaku bukanlah insiden kecil. Kita harus mengingati mereka yang telah meninggal dunia dan tidak terlalu dingin.

“Saya rasa lebih ramai orang di Zhuhai harus keluar ke sini dan meletakkan bunga sebagai tanda peringatan,” kata seorang wanita berusia kira-kira 50 tahun kepada AFP.

Tanda pagar berkaitan dengan serangan itu melonjak ke ke tempat pertama di laman sosial Weibo yang popular di China tetapi telah dipadam atau disekat menjelang petang tadi.

Banyak komen mengenai insiden turut menerima tindakan serupa.

Keselamatan di tempat kejadian juga diperketat dengan pegawai berpakaian biasa menggunakan badan dan payung mereka untuk menghalang wartawan daripada mengambil gambar dan video.

Pegawai di lokasi itu berkata, barang-barang yang diletakkan sebagai tanda peringatan kepada mangsa sedang dipindahkan ke dewan berkabung di dalam kompleks tanpa akses kepada orang ramai.

Rakaman kejadian menunjukkan orang ramai terbaring tidak bergerak di atas jalan, manakala yang lain kelihatan panik cuba membangunkan mangsa yang kelihatan tidak sedarkan diri.

Insiden itu berlaku ketika Zhuhai menjadi tuan rumah pertunjukan udara terbesar di China, yang mempamerkan sektor aeroangkasa awam dan tentera Beijing.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×