Aktivis hak asasi Iran maut akibat protes

Aktivis hak asasi Iran maut akibat protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang aktivis hak asasi manusia Iran yang terkenal, Kianoosh Sanjari dilaporkan maut selepas melancarkan  tanda protes terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai pemerintahan diktator oleh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Dalam satu hantaran di media sosial, Sanjari berkata, beliau akan mengambil nyawanya sendiri sekiranya empat tahanan politik tidak dibebaskan sebelum pukul 7.00 malam (waktu tempatan) pada Rabu.

Kematian beliau disahkan beberapa jam kemudian oleh rakan-rakan aktivis.

Sebelum kematiannya, Sanjari berharap suatu hari nanti rakyat Iran akan bangkit mengatasi perhambaan.

Sanjari merupakan seorang yang lantang mengkritik pemimpin Iran, disamping merupakan seorang penyokong kuat demokrasi.

“Tiada sesiapa yang harus dipenjarakan hanya kerana meluahkan pendapat mereka, protes adalah hak setiap rakyat Iran,” katanya.

Empat individu tersebut itu ditahan kerana menyokong dan terlibat dalam gelombang protes sehingga mencetuskan kebangkitan rakyat Iran selepas kematian Mahsa Amini, seorang gadis berusia 22 tahun yang mati dalam tahanan polis dua tahun lalu.

Sanjari kerap kali ditangkap dan dipenjarakan antara tahun 1999 dan 2007.

Beliau pernah meninggalkan Iran pada 2007 dan mendapat suaka politik di Norway sebelum bekerja bersama penyiar radio Amerika Syarikat, Voice of America (VoA) di Washington DC.

Beliau kembali semula ke Iran pada tahun 2016 untuk melawat kedua ibu bapanya, namun ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun di penjara Evin sebelum dibebaskan pada tahun 2019 atas jaminan perubatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN