GAZA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terpaksa menghentikan fasa baharu kempen vaksinasi polio di Gaza, selepas Israel memperhebatkan kepungan dan operasi ketenteraan di bahagian utara wilayah itu. WHO berkata, susulan keganasan dan pengeboman yang semakin meningkat di utara Gaza, fasa ketiga kempen vaksinasi polio terpaksa ditangguhkan. Kempen vaksinasi ini dilancarkan bulan lalu, selepas seorang bayi di Gaza dilaporkan lumpuh akibat penyakit itu, kes pertama dalam tempoh 25 tahun. Menurut WHO, 119,279…