BEIRUT: Lubnan melaporkan serangan udara Israel di selatan negara itu semalam, membunuh tiga wartawan dan mencederakan tiga yang lain. Saluran televisyen Al Mayadeen berkata, seorang jurukamera, Ghassan Najjar dan jurutera penyiarannya, Mohammad Reda terbunuh dalam serangan yang menyasarkan kediaman wartawan di Hasbaya, selatan Lubnan. Satu lagi saluran TV, Al-Manar dikendalikan oleh Hezbollah berkata, seorang wartawan videonya, Wissam Qassem turut terkorban dalam serangan itu. “Musuh Israel menunggu waktu rehat malam wartawan…