SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) akan menawarkan vaksin terkini Covid-19 daripada Pfizer dan Moderna. Dua vaksin itu ialah JN.1 PfizerBioNTech/Comirnaty dan JN.1 Moderna/Spikevax. Menurut MOH dalam satu kenyataan media, kedua-duanya sudah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Ogos lalu. Keputusan untuk menggunakan vaksin yang dikemas kini itu berdasarkan saranan 2024-2025 Jawatankuasa Pakar bagi Imunisasi (ECI). “Vaksin itu memberi respons imun yang…










