NT Australia boleh penjarakan kanak-kanak seawal 10 tahun

NT Australia boleh penjarakan kanak-kanak seawal 10 tahun

NT menjadi bidang kuasa pertama menaikkan umur tanggungjawab jenayah kepada 12 tahun pada 2023.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Wilayah Utara (NT) Australia kembali membenarkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun untuk dipenjara selepas kerajaan menurunkan had umur bagi tanggungjawab jenayah.

Negeri dan wilayah Australia berada di bawah tekanan untuk meningkatkan umur tanggungjawab jenayah daripada 10 tahun ke 14 tahun, sejajar dengan negara maju lain dan nasihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tahun lalu, NT menjadi bidang kuasa pertama yang menaikkan umur tanggungjawab jenayah kepada 12 tahun.

Namun, kerajaan Parti Liberal Negara yang baru dipilih pada Ogos lalu menyatakan bahawa perlu menurunkan semula had umur itu bagi mengurangkan kadar jenayah remaja.

Kerajaan berpendapat, mengembalikan umur tanggungjawab jenayah kepada 10 tahun akan melindungi kanak-kanak, walaupun golongan doktor dan organisasi hak asasi manusia mempertikaikan logik tersebut.

Mereka berkata, kajian menunjukkan undang-undang itu tidak akan mengurangkan jenayah, sebaliknya memberi kesan yang tidak seimbang terhadap kanak-kanak Orang Asli dan Torres Straits Island.

NT sudah memenjarakan kanak-kanak pada kadar 11 kali ganda lebih tinggi berbanding bidang kuasa lain di negara itu, dan hampir semua mereka adalah Orang Asli.

Kerajaan baharu wilayah itu mendakwa, ia mempunyai mandat selepas kemenangan besar dalam pilihan raya, yang menjanjikan pendekatan tegas terhadap jenayah.

Kerajaan berpendapat, membenarkan pendakwaan kanak-kanak yang lebih muda akan membantu mengelakkan mereka daripada terlibat dalam jenayah pada masa akan datang.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN