Nicaragua putus hubungan diplomatik dengan Israel

Nicaragua putus hubungan diplomatik dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAGUA: Nicaragua mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, menuduh rejim itu sebagai ‘fasis’ dan melakukan genosid berikutan serangan ke atas wilayah Palestin.

Kerajaan Nicaragua dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil susulan serangan Israel ke atas wilayah Palestin, yang dilihat sebagai ancaman besar terhadap keamanan di rantau tersebut.

Terdahulu, kongres negara itu meluluskan resolusi yang meminta tindakan diplomatik diambil sempena ulang tahun pertama perang di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kerajaan Nicaragua, konflik tersebut kini melarat ke Lubnan dan mengancam Syria, Yaman serta Iran.

Kawasan Asia Barat sedang berwaspada terhadap kemungkinan peningkatan konflik serantau selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel pada 1 Oktober lalu.

Iran merupakan penyokong kuat Hezbollah yang beroperasi di Lubnan, yang menjadi sasaran serangan Israel baru-baru ini.

Iran juga merupakan sekutu rapat pentadbiran Presiden Nicaragua, Daniel Ortega, yang semakin diasingkan oleh masyarakat antarabangsa selepas tindakan kerasnya terhadap protes anti-kerajaan pada 2018.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini