Israel usir penduduk di utara pindah ke selatan Gaza

Israel usir penduduk di utara pindah ke selatan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Selepas lebih 100 serangan udara sejak petang semalam, tentera Israel mengeluarkan amaran baharu kepada penduduk utara Gaza supaya mengosongkan rumah mereka serta berpindah ke kawasan Al-Mawasi di Deir al-Balah dan Khan Younis, awal hari ini.

Dalam satu kenyataan, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee mendakwa, rantau itu kekal sebagai zon tempur aktif dan memberi amaran kepada penduduk supaya mematuhi arahan pemindahan.

Adraee berkata, dua jalan utama iaitu Jalan Al-Rashid dan Jalan Salah al-Din ditetapkan sebagai ‘koridor kemanusiaan’ terbuka untuk membolehkan penduduk berpindah ke zon selamat di Al-Mawasi.

Sepanjang konflik selama setahun di Gaza, Israel beberapa kali mengarahkan pemindahan besar-besaran ke kawasan selamat atau zon kemanusiaan.

Pertubuhan hak asasi manusia dan pemerhati antarabangsa mengutuk arahan yang tidak berperikemanusiaan serta penderitaan dialami oleh rakyat Palestin.

Apatah lagi, rakyat Palestin sering diserang oleh tentera Israel semasa perjalanan mereka ke kawasan selamat dan selepas tiba di zon kemanusiaan.

13 Julai lepas, tentera Israel menyerang kem di Al-Mawasi, membunuh lebih daripada 90 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 300 yang lain.

Israel meneruskan serangan ganasnya di Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata.

Sejak itu, lebih 41,800 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 96,900 yang lain cedera.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×