FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9

FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.

Pada 30 September lalu, FAA mengarahkan siasatan terhadap punca kerosakan peringkat kedua Falcon 9 selepas misi angkasawan NASA, sehingga menyebabkan kenderaan pelancaran itu digantung untuk kali ketiga dalam tempoh tiga bulan.

Kerosakan itu menyebabkan pendorong roket jatuh ke kawasan Lautan Pasifik di luar zon keselamatan yang telah diluluskan oleh FAA.

FAA turut mengumumkan sudah menutup siasatan terhadap kemalangan Falcon 9 yang berlaku dalam misi Starlink pada bulan Julai dan Ogos.

Ahad lalu, FAA memaklumkan roket SpaceX Falcon 9 boleh kembali melakukan penerbangan khusus untuk misi Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang dijadualkan Isnin ini dari Florida.

Sementara itu, Reuters melaporkan FAA mungkin meluluskan lesen untuk pelancaran Starship 5 SpaceX seawal bulan ini.

Roket Starship dan Super Heavy adalah sistem yang boleh digunakan semula sepenuhnya, direka untuk membawa kru dan kargo ke orbit bumi, bulan dan destinasi lebih jauh.

SpaceX pada Isnin memaklumkan ujian penerbangan kelima Starship mungkin dilancarkan seawal Ahad ini, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

Pada Selasa, FAA menyatakan ia masih menyemak cadangan misi tersebut dan akan membuat keputusan sebaik sahaja SpaceX memenuhi semua keperluan lesen.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, secara lantang mengkritik FAA mengenai denda sebanyak AS$633,000 (RM2.7 juta) terhadap SpaceX atas isu pelancaran serta kelewatan meluluskan lesen bagi Starship 5. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN