HARRISBURG: Jutawan, Elon Musk berjanji untuk memberikan AS$1 juta (RM4.3 juta) setiap hari kepada individu yang menandatangani petisyen dalam talian menyokong Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya Presiden November ini. Dalam satu acaranya di Pennsylvania yang bertujuan untuk mengumpul penyokong calon Presiden daripada Republikan, Donald Trump, Musk dilaporkan memberikan cek kepada seorang lelaki dikenali John Dreher. “Dia tidak tahu mengenai wang ini. Bagaimanapun, anda dialu-alukan,” kata pengasas Tesla itu…










