ARLINGTON COUNTY: Syarikat Boeing mengumumkan akan mengurangkan 17,000 tenaga kerja globalnya dan terpaksa menangguhkan penghantaran pertama jet 777X selama setahun. Keputusan tersebut diumumkan selepas syarikat pengeluar pesawat itu merekodkan kerugian berjumlah AS$5 bilion (RM21.43 bilion) pada suku ketiga selain bergelut dengan mogok kakitangannya yang berlarutan selama sebulan. Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Kelly Ortberg berkata, pengurangan pekerja dilakukan berikutan realiti semasa kewangan syarikat selepas mogok berterusan oleh 33,000 pekerja di pantai…










