THE HAGUE: Pertubuhan Palestin dan Belanda memfailkan aduan undang-undang terhadap Amsterdam kerana kegagalannya menghalang Israel daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan pelanggaran undang-undang antarabangsa lain. Kes itu berhujah bahawa Belanda mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk melakukan segala yang termampu bagi menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Genosid 1948 yang didakwa dilakukan oleh Israel. Tindakan undang-undang itu disokong oleh organisasi hak asasi manusia Palestin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keadilan sosial Belanda…










