Tentera wanita Bangladesh dibenar bertudung

Tentera wanita Bangladesh dibenar bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Anggota tentera wanita Bangladesh dibenarkan memakai tudung dengan uniform rasmi mereka, lapor media tempatan. 

Agensi berita tempatan Bdnews24 memetik pejabat pentadbiran tentera berkata, keputusan itu dibuat pada 3 September lalu.

Jelas pejabat tersebut, etika pemakaian tudung itu perlu dibentangkan kepada pengurusan tertinggi tentera sebelum 26 September ini untuk semakan.

“Anggota tentera wanita diminta menghantar gambar etika pemakaian tudung yang sesuai dengan pakaian rasmi termasuk uniform tempur, pakaian kerja dan sari untuk majlis tertentu,” demikian menurut arahan yang dikeluarkan.

Menurut pejabat berkenaan, antara yang perlu diteliti adalah jenis fabrik, warna dan ukuran tudung yang boleh dipakai.

Tentera bagaimanapun menolak untuk mengulas laporan media tersebut sebagai respons kepada permintaan dari agensi berita Anadolu. 

Brigedier Jeneral (Bersara) Shahedul Anam Khan bagaimanapun memberitahu Anadolu, tentera Bangladesh tidak pernah melarang pemakaian tudung dalam kalangan tentera wanita.

“Saya pernah melihat jururawat tentera bertudung menjalankan tugas,” katanya.

Wanita Bangladesh dibenarkan menyertai kor senjata dan perkhidmatan tentera selepas Jeneral Mustafizur Rahman menjadi Panglima Angkatan Tentera pada 1997. 

Secara rasmi, wanita Bangladesh menyertai tentera sebagai pegawai pada tahun 2000 dan pangkat biasa pada 2013. 

Seorang lagi brigedier jeneral bersara yang enggan dikenali memberitahu Anadolu, pegawai wanita tidak dihalang memakai tudung, tetapi disebabkan oleh sifat tugas, anggota tentera tidak digalakkan untuk memakainya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×