Menteri Luar Perancis tiba di Lubnan

Menteri Luar Perancis tiba di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot tiba di Lubnan, menjadikan beliau diplomat luar negara bertaraf tinggi pertama yang melawat negara Asia Barat itu sejak serangan udara Israel bermula seminggu lalu.

Ketibaan Barrot dilaporkan selepas Kementerian Luar Perancis mengumumkan kematian warganya di Lubnan, meskipun butirannya masih belum jelas.

Menurut Menteri Kesihatan Lubnan, Firass Abiad, Barrot turut menyelia penghantaran 11.5 tan bantuan kemanusiaan Perancis.

Selepas beliau menghadiri mesyuarat berkaitan status rakyat Perancis, Barrot dijadualkan bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan termasuk Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati.

Beliau juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Penyelarasan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Lubnan serta anggota pasukan pengaman PBB di selatan negara itu.

“Kami mengesahkan kematian warganegara Perancis,” menurut kenyataan kementeriannya pada Ahad, sambil menambah butiran lanjut akan diberikan kemudian.

Kematian ini menyusul selepas seorang wanita Perancis berusia 87 tahun meninggal dunia pada Isnin lalu akibat letupan di sebuah kampung di selatan Lubnan.

Tentera Israel berkata, mereka melancarkan lebih banyak serangan terhadap sasaran kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Lubnan, selepas pemimpin kumpulan itu, Hassan Nasrallah, terbunuh dalam serangan udara di Beirut pada Jumaat.

Keganasan ini menimbulkan kebimbangan besar mengenai kemungkinan peningkatan konflik di Asia Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×