Ladang Gaza musnah, Israel luaskan kawasan selamat penduduk

Ladang di Gaza musnah, Israel luaskan kawasan selamat penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pergerakan hak kemanusiaan, Amnesty International hari ini menggesa siasatan jenayah perang terhadap Israel yang merobohkan rumah dan memusnahkan ladang-ladang di Gaza, bertujuan mewujudkan kawasan selamat untuk pendatang haramnya di wilayah berkenaan.

Pengarah Amnesty International Amerika, Erika Guevara-Rosas berkata, tentera Zionis menggunakan jentolak dan bahan letupan untuk merosakkan tanah pertanian serta merobohkan bangunan awam termasuk rumah, sekolah dan masjid.

Katanya, berdasarkan imej satelit dan video yang didedahkan tentera Israel antara Oktober dan Mei lalu, terdapat kawasan baharu dibersihkan sepanjang sempadan timur Gaza dengan lebar kira-kira 1 hingga 1.8 kilometer.

Jelas Guevara-Rosas, pembukaan kawasan baharu itu didapati menambah keluasan zon selamat kepada sekitar 58 kilometer persegi atau kira-kira 16 peratus daripada Genting Gaza.

“Israel sengaja memusnahkan kemudahan penduduk Palestin bagi melindungi pendatang haramnya di kawasan yang selamat.

“Ia adalah satu tindakan jenayah perang yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan perlu dihukum,” kata Guevara-Rosas seperti laporan Arab News.

Tambah beliau, lebih 90 peratus bangunan dalam kawasan itu dirobohkan atau rosak teruk, sementara ladang-ladang penduduk awam turut musnah.

Ujarnya, analisis dijalankan oleh Amnesty International juga konsisten dengan kerosakan yang berlaku di Gaza.

Israel dalam pada itu mendakwa, tindakan tersebut dilakukan bagi memusnahkan infrastruktur kumpulan pejuang Hamas dan untuk melindungi komuniti Israel yang tinggal di seberang pagar. 

Rejim Zionis itu juga enggan mengulas lanjut dakwaan Amnesty International. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN