Hujan lebat, banjir badai Britain

Hujan lebat, banjir badai Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain dijangka menghadapi minggu mencabar dengan banjir, ribut pertama musim luruh, serta penurunan suhu mendadak akibat cuaca polar yang meliputi kawasan seluas 804 kilometer.

Ribut kencang dengan kelajuan angin mencecah 96 kilometer sejam dijangka melanda, manakala suhu bakal turun separuh dengan paras terendah iaitu empat darjah Celsius.

Hujan lebat diramal menyebabkan kekacauan semasa waktu puncak di Midlands pada hari Isnin, dengan bahagian selatan dan utara Britain turut terjejas.

Jalan raya dan landasan kereta api berisiko banjir akibat hujan lebat yang turun pada hujung minggu manakala cuaca ribut dijangka berterusan pada Rabu dan Khamis di kawasan selatan, dengan tiupan kencang di kawasan pesisir pantai.

Cuaca sejuk dari Artik melanda selama empat hari bermula Khamis, dengan suhu pada waktu siang menurun daripada 26 darjah Celsius minggu lepas kepada bawah 15 darjah Celsius di selatan.

Kawasan utara England dan Scotland pula dijangka mencatatkan suhu sekitar 10 darjah Celsius.

Jurucakap Met Office berkata, beberapa kawasan kemungkinan besar menerima hujan antara 60 hingga 80 milimeter (mm) pada Isnin dengan sesetengah tempat menerima lebih 100mm yang dijangka menyebabkan gangguan perjalanan dan banjir.

Malam yang sejuk dijangka berlaku di bahagian selatan, dengan suhu serendah empat darjah Celsius di utara dan hujan salji dijangka di kawasan tanah tinggi di Scotland.

Sementara itu, Agensi Alam Sekitar memberi amaran banjir berkemungkinan bakal terjadi pada Isnin.

Perkhidmatan Maklumat Cuaca Gunung berkata, cuaca sejuk dan basah dijangka berterusan menjelang hujung minggu, dengan salji di kawasan puncak tinggi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN