Georgia kira undi secara manual - Utusan Malaysia

Georgia kira undi secara manual

SEORANG lelaki memegang poster kempen di luar lokasi mengundi di Atlanta, Georgia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Georgia akan melakukan pengiraan undi secara manual pada Pilihan Raya Presiden November ini, yang dijangka mengakibatkan kelewatan pengumuman keputusan sama seperti empat tahun lalu.

Keputusan itu dicapai selepas Lembaga Pilihan Raya Georgia mengundi 3-2, memilih pengiraan manual walaupun terdapat bantahan daripada pegawai negeri dan kakitangan bertugas pada hari pengundian.

Pada tahun 2020, sebanyak lima juta orang mengundi di Georgia yang menyaksikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengalahkan jutawan, Donald Trump dengan majoriti 12,000 undi.

Walaupun pengiraan manual biasa dilakukan di negara lain termasuk United Kingdom (UK), ia sangat jarang dipraktikkan dalam pilihan raya di AS. 

Peraturan yang diluluskan semalam itu memerlukan tiga pekerja pengundi di setiap 6,500 lokasi pengundian di negeri tersebut untuk memulakan pengiraan undi pada malam pilihan raya berlangsung.

Langkah itu ditentang oleh pegawai pilihan raya tertinggi negeri, Brad Raffensperger, yang juga anggota Parti Republikan, atas alasan pengiraan manual boleh mengakibatkan kesilapan, undi hilang atau dicuri dan penipuan.

Dalam satu panggilan telefon selepas pilihan raya 2020, Trump menekan Raffensperger untuk ‘mencari 11,780 undi’, membawa kepada tuduhan jenayah terhadapnya kerana kesalahan cuba mengubah keputusan pilihan raya.

Raffensperger secara terbuka berdebat dengan Trump, tetapi tetap memerintahkan pengiraan semula undi negeri tersebut, yang mengubah sedikit jumlah undi.

Penyokong Trump di Lembaga Pilihan Raya Georgia berpendapat, pengiraan manual bakal menjadikan pilihan raya akan datang lebih selamat. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×