LONDON: Bekas pemilik gedung terkemuka Harrods, Mohamed Al Fayed didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pekerja wanitanya selepas memaksa mangsa melakukan pemeriksaan kesihatan atau diugut jika enggan melakukannya. Peguam, Maria Mulla memaklumkan, setelah pekerja wanita dipilih untuk jawatan seperti setiausaha atau pembantu peribadi, mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan termasuk saringan serviks dan ovari. “Mangsa diberitahu saringan kesihatan itu dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar sihat,” katanya. Beliau menambah, pekerja diugut jika…