Israel semakin terdesak, 5 sekolah diserang dalam tempoh 10 hari

Israel semakin terdesak, lima sekolah diserang dalam tempoh 10 hari

PENDUDUK Palestin yang dipindahkan berkumpul di perkarangan sekolah yang menjadi sasaran serangan Israel di Bandar Gaza, pada 10 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Peningkatan serangan terhadap orang awam di kem-kem perlindungan, sekolah dan hospital, membuktikan perang Israel di Gaza sememangnya bermatlamat menghapuskan atau melakukan genosid penduduk Palestin.

Israel berulang kali menyasarkan sekolah, hospital dan universiti Gaza, kononnya bangunan itu digunakan untuk tujuan ketenteraan tanpa sebarang bukti.

Kebelakangan ini, terdapat peningkatan trend dalam serangan ke atas sekolah yang menjadi tempat perlindungan bagi ribuan penduduk Gaza dipindahkan akibat perang.

Berikutan banyak arahan pemindahan sejak perang di Gaza bermula, sekolah sering digunakan untuk melindungi hampir dua juta rakyat Palestin yang dipindahkan di wilayah terkepung itu.

Di bawah Konvensyen Geneva Keempat, sekolah dianggap sebagai infrastruktur awam dan harus dilindungi daripada serangan.

Namun dalam tempoh 10 hari pada Ogos, Israel menyerang lima buah sekolah di bandar Gaza, membunuh lebih 179 orang dan ramai yang lain cedera.

Bermula pada 1 Ogos lepas, serangan terhadap sekolah Dalal al-Maghrabi di kejiranan Shujayea mengorbankan kira-kira 15 nyawa dan mencederakan 29 yang lain.

Dua hari kemudian, Israel melancarkan serangan di kejiranan Sheikh Radwan yang menyasarkan sekolah Hamama dan al-Huda, menyebabkan 17 orang maut dan 60 yang lain cedera.

Pada 4 Ogos, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 19 lain cedera selepas Israel menyerang sekolah Nassr dan Hassan Salameh di kejiranan Nassr di Bandar Gaza.

Pengeboman Israel terhadap sekolah berlanjutan pada 8 Ogos, melibatkan sekolah Abdul Fattah dan az-Zahra di kejiranan Tuffah, yang membunuh 17 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Bagaimanapun, serangan terburuk berlaku di Sekolah al-Tabin yang membunuh lebih 100 orang, apabila struktur itu terkena sekurang-kurangnya tiga serangan peluru berpandu.

 

 

 

KEGANASAN TAK SEIMBANG

Menurut data dikumpulkan oleh Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), jumlah sekolah yang terjejas akibat serangan Israel meningkat lima kali ganda, daripada 60 kepada hampir 340, bermula dari November lepas.

Jumlah kanak-kanak yang terbunuh semasa perang turut meningkat kepada lebih 16,500, manakala jumlah keseluruhan kematian di Gaza mencecah hampir 40,000.

Peningkatan serangan terhadap tempat perlindungan di sekolah-sekolah berlaku ketika seruan global untuk gencatan senjata dan tekanan serantau bagi menghentikan serangan di Gaza, yang kini berubah menjadi wilayah tandus serta dipenuhi runtuhan.

Pakar menyifatkan serangan berterusan Israel di seluruh Gaza berisiko menggagalkan usaha tersebut, dengan setengah pihak menuduh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu cuba mensabotaj sebarang kemungkinan perjanjian untuk menamatkan perang.

Sementara itu, penganalisis, Tariq Kenney-Shawa menyifatkan tentera Israel secara strategik menggunakan keganasan yang tidak seimbang.

“Tentera gagal mendapatkan pembebasan tebusan dan gagal menghapuskan Hamas. 

“Maka, serangan besar-besaran ini dianggap tentera Israel sebagai suatu kemenangan, jika ia melibatkan kematian pemimpin Hamas atau sejumlah besar orang awam,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN