MI6 Britain didakwa jadikan dua kakitangan China pengintip

MI6 Britain didakwa jadikan dua kakitangan China pengintip

BANGUNAN kedutaan China di London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mendakwa Perkhidmatan Perisikan Rahsia Britain, MI6 menjadikan dua kakitangan pusat yang tidak dinamakan sebagai pengintip untuk kerajaan negara itu.

Kementerian Keselamatan Negara dalam satu kenyataan berkata, kes terhadap dua pengintip yang merupakan pasangan suami isteri itu sedang dalam siasatan lanjut.

Sejak beberapa bulan lalu, China dan Britain bergelut dengan tuduhan dan dakwaan pengintipan yang mengancam sekuriti negara masing-masing.

Pada bulan Januari, China mendedahkan kes pengintipan mengatakan MI6 menggunakan warga asing di China untuk mengumpul rahsia dan maklumat.

Britain pada April mendakwa dua individu kerana memberikan maklumat prejudis kepada China dan bulan lalu mendakwa tiga lagi kerana membantu perkhidmatan perisikan asing Hong Kong di Britain.

Dalam kenyataannya, kementerian China berkata, perisik dengan nama keluarga Wang itu melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) pada 2015 di bawah program pertukaran pelajar dan dijemput untuk makan malam serta lawatan yang diatur secara rahsia oleh MI6 dalam tempoh tersebut.

“Wang dikatakan tertarik menyertai peluang perundingan sambilan dengan imbuhan tinggi sebelum kakitangan MI6 mendekatinya untuk berkhidmat kepada kerajaan Britain dengan janji ganjaran kewangan yang lebih besar serta keselamatan. 

“Wang bersetuju dan selepas latihan pengintipan, MI6 mengarahkannya pulang ke Beijing untuk mengumpul maklumat penting berkaitan kerajaan China,” jelas kenyataan itu.

Kementerian itu berkata, MI6 juga memujuk Wang untuk turut mendapatkan khidmat isterinya bernama Zhou yang bekerja di unit kerajaan teras demi menggandakan wang ganjaran.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN