BEIJING: Selepas perjalanan selama sebulan, sebuah kapal angkasa China berjaya mendarat di zon gelap di bahagian lebih jauh di bulan yang belum pernah dicapai oleh negara lain. Para saintis angkasa lepas China mendaratkan kapal Chang’e 6 di kawah besar yang dikenali sebagai Lembangan Kutub Selatan-Aitken pada pukul 6.23 pagi kelmarin (waktu tempatan). Pegawai Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA) berkata, pasukannya sedang merancang mengumpul batu dan tanah dari kawasan permukaan bulan…