Kanak-kanak Australia positif selsema burung H5N1

Kanak-kanak Australia positif selesema burung H5N1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan positif selesema burung H5N1 dan memerlukan rawatan rapi di hospital Australia selepas melancong ke India.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan, kes itu merupakan jangkitan manusia pertama melibatkan virus avian influenza A (H5N1) yang dikesan dan dilaporkan di Australia.

WHO berkata, meskipun punca jangkitan virus tersebut belum dikenal pasti, pendedahan disyaki berlaku ketika dia dan keluarganya mengembara ke Kolkata, India pada 12 hingga 29 Februari tahun ini.

“Kanak-kanak itu tidak bersentuhan dengan sesiapa atau haiwan yang sakit.

“Namun selepas tiba di Australia pada 1 Mac, dia dihantar ke sebuah hospital di negeri tenggara Victoria apabila gejalanya bertambah teruk.

“Selepas hampir tiga minggu menjalani rawatan di hospital, dia dibenarkan keluar,” jelas laporan itu

Pihak berkuasa India dilaporkan melakukan siasatan epidemiologi berhubung kes tersebut.

Pada 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut akibat virus selesema burung, H5N1, sekali gus menjadi kes kematian pertama di India. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN