SANTIAGO: Kamera digital terbesar yang pernah dibina untuk astronomi optik bakal dipasang di bawah langit cerah di pinggir Gurun Atacama di utara Chile. Kamera terbesar dunia itu mempunyai resolusi melebihi 3.2 gigapiksel, berat hampir tiga tan dan mampu menjalankan penerokaan selama sedekad yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Komponen tersebut akan ditempatkan di Balai Cerap Vera C. Rubin di pinggir padang pasir Atacama, kira-kira 565 kilometer ke utara dari Santiago.…










