WASHINGTON: Bekas Perdana Menteri Cameroon, Philemon Yang dipilih dengan sebulat suara sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-79 yang akan bermula September ini. Lapor Anadolu, Yang menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada negara anggota atas sokongan yang diberikan bagi pemilihannya. Presiden semasa UNGA, Dennis Francis turut mengucapkan tahniah kepada Yang atas pemilihannya. “Sebagai Perdana Menteri negaranya dan sebagai Pengerusi Panel Orang Afrika Terkemuka Kesatuan Afrika serta…