Tenaga elektrik Jepun naik 50 peratus kerana AI

Tenaga elektrik Jepun naik 50 peratus kerana AI

KEPERLUAN tenaga elektrik Jepun dijangka meningkat hingga 50 peratus menjelang 2050.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun menjangka keperluan pengeluaran tenaga elektrik meningkat 35 peratus hingga 50 peratus menjelang 2050 berikutan peningkatan permintaan daripada loji semikonduktor serta pusat data untuk menyokong kecerdasan buatan (AI).

Kerajaan meramalkan pengeluaran kuasa sepatutnya berkembang daripada 1 trilion kilowatt-jam (kWj) yang diunjurkan untuk dekad semasa kepada kira-kira 1.35-1.5 trilion kWj pada 2050.

Peningkatan itu bagi memenuhi permintaan apabila Jepun menubuhkan lebih banyak pusat data, kilang cip dan perniagaan menggunakan tenaga lain.

Jelas kerajaan, peningkatan tersebut akan menjadi yang pertama dalam tempoh 20 tahun dan memerlukan pelaburan berskala besar dalam sumber tenaga.

“Melainkan Jepun meningkatkan pengeluaran tenaga boleh diperbaharui, bekalan kuasa yang stabil mungkin tidak menentu.

“Ini kerana kami mula memetakan strategi baharu mengenai penyahkarbonan dan dasar perindustrian menjelang 2040 yang dirancang untuk dimuktamadkan pada akhir Mac depan,” jelas dokumen kerajaan.

Jepun yang sangat bergantung kepada Asia Barat untuk bekalan bahan api fosil, tahun lalu meluluskan undang-undang yang bertujuan menggalakkan pelaburan penyahkarbonan berjumlah lebih AS$962 bilion (RM4.5 trillion) dalam sektor awam dan swasta sepanjang tempoh 10 tahun.

Negara itu mengharapkan sel solar perovskite, ladang angin terapung luar pesisir, memulakan semula loji kuasa nuklear dan pengenalan reaktor generasi akan datang bagi memenuhi permintaan tersebut.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN