Saintis temukan planet boleh dihuni seakan bumi

Saintis temukan planet boleh dihuni seakan bumi

SAINTIS menemukan eksoplanet Gliese 12b yang dipercayai boleh didiami.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua pasukan saintis menemukan planet dipercayai boleh dihuni secara teori yang mengorbit bintang kecil dengan kira-kira 40 tahun jarak cahaya.

Eksoplanet bernama Gliese 12b lebih kecil daripada bumi tetapi lebih besar berbanding Zuhrah dan dilihat mengorbit bintang kerdil merah sejuk yang terletak di buruj Pisces.

Menurut dua kajian yang diterbitkan dalam The Astrophysical Journal Letters dan Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, planet yang dianggarkan kira-kira 27 peratus saiz matahari dan 60 peratus suhunya itu masih berada dalam zon boleh didiami di mana air boleh wujud walaupun hanya melengkapkan orbitnya setiap 12.8 hari.

“Kami menemui dunia transit sederhana seakan saiz Bumi yang terdekat setakat ini,” kata ketua bersama pasukan penyelidik Universiti Tokyo, Masayuki Kuzuhara kepada CNN.

Beliau berkata, saintis sedang berusaha menganalisisnya untuk menentukan unsur yang terkandung dalam atmosfera planet tersebut dan melihat sama ada air hadir untuk mengekalkan kehidupannya.

Bagi melihat Gliese 12b, saintis menggunakan data Satelit Tinjauan Transit Eksoplanet (TESS) milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan ( NASA) yang mengkaji puluhan ribu bintang setiap bulan serta menjejaki perubahan kecerahannya.

“Peringkat seterusnya adalah menganalisis atmosfera eksoplanet itu dan saintis berharap untuk menggunakan Teleskop Angkasa James Webb bagi menjalankan analisis spektroskopi.

“Selain memberi penerangan tentang exoplanet itu sendiri, kami berharap usaha ini dapat membantu kita memahami bumi kita sendiri dengan lebih baik,” kata pelajar kedoktoran di University of Edinburgh dan University College London yang mengetuai kajian itu, Larissa Palethorpe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN