Robert F. Kennedy Jr. dedah alami jangkitan parasit dalam otak

Robert F. Kennedy Jr. dedah alami jangkitan parasit dalam otak

ROBERT F. KENNEDY JR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon bebas Presiden Amerika Syarikat (AS), Robert F. Kennedy Jr. mendedahkan berdepan masalah gangguan cacing parasit yang memakan sebahagian daripada otaknya.

Robert berkata, beliau mengalami masalah ingatan dan isu kognitif  pada tahun 2010 dan pakar neurologi melihat bintik hitam pada imbasan otaknya.

Pakar tersebut mengesahkan Robert menghidap tumor tetapi doktor lain yang ditemui membuat kesimpulan berbeza bahawa beliau mempunyai parasit mati di dalam otaknya.

“Saya mempunyai masalah kognitif, kehilangan ingatan jangka pendek dan jangka panjang yang memberi kesan kepada saya.

“Doktor berpendapat kelainan itu disebabkan oleh cacing yang masuk ke dalam otak saya dan memakan sebahagian daripadanya dan kemudian mati,” katanya dipetik The New York Times.

Robert yang merupakan anak kepada bekas Peguam Negara AS dan bekas Senator, Robert F. Kennedy serta anak saudara bekas Presiden AS, John F. Kennedy berkata, beliau turut didiagnosis dengan keracunan merkuri.

Katanya kepada The New York Times, beliau pasti keracunan merkuri itu disebabkan oleh pengambilan diet tuna yang berlebihan.

Beliau berkata, ujian menunjukkan paras merkurinya adalah 10 kali lebih tinggi daripada paras selamat yang ditetapkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar.

Robert mengakui melakukan banyak perubahan dalam menjalani aktiviti harian selepas berdepan masalah kesihatan itu, termasuk mendapatkan lebih banyak tidur dan mengurangkan pengambilan ikan.

Menurutnya, beliau kini sudah pulih daripada masalah ingatan dan dan tidak mengalami kesan sampingan akibat gangguan parasit yang didakwanya tidak memerlukan sebarang rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN