LONDON: Menteri Kabinet Britain, Michael Gove berkata beliau akan berundur sebagai ahli Parlimen, sekali gus menambah tekanan kepada perjuangan Perdana Menteri, Rishi Sunak semasa hari pembukaan kempen pilihan raya umum 4 Julai ini. Walaupun Gove, 56, berkata masih menyokong Sunak, beliau berhujah bahawa sudah tiba masanya untuk generasi baharu memimpin negara itu. Gove merupakan antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat dalam 14 tahun terakhir pemerintahan Parti Konservatif dan memegang portfolio…










