SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yakin negara itu akan berada di bawah kepimpinan yang baik bersama pasukan Pemimpin Generasi Keempat (4G) selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Kabinet semalam. Hsien Loong berkata demikian menerusi catatan di laman Facebook sebelum peralihan tampuk kepimpinan kepada timbalannya, Lawrence Wong minggu depan. “Bermula minggu hadapan, Wong akan memimpin mesyuarat Kabinet, tetapi saya akan terus menyumbang sebagai Menteri Kanan. “Singapura akan berada di bawah kepimpinan…










