Trump dahului tinjauan pendapat di enam negeri

Trump dahului tinjauan pendapat di enam negeri

DONALD Trump (kiri) dan Joe Biden.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tinjauan pendapat Wall Street Journal (WSJ) mendapati calon Presiden Republikan, Donald Trump mendahului calon Demokrat, Joe Biden di enam negeri yang menjadi medan pertempuran utama pilihan raya November ini.

Tinjauan yang dikeluarkan kelmarin itu memetik kebimbangan mengenai ekonomi dan prestasi Biden selaku Presiden Amerika Syarikat (AS) sepanjang penggal terakhirnya.

Trump dijangka mendahului antara dua hingga lapan mata peratus dalam kalangan pengundi di Pennsylvania, Michigan, Arizona, Georgia, Nevada dan North Carolina yang turut mengambil kira calon pihak ketiga dan bebas.

“Keputusan adalah serupa dalam perlawanan satu lawan satu dengan Biden.

“Di Wisconsin, negeri ketujuh di mana pertandingan itu dijangka sengit,  Biden mendahului dengan tiga mata pada undian berbilang calon dan terikat dalam pertandingan bersemuka dengan Trump,” jelas laporan itu.

Kempen pemilihan semula Biden bergelut dengan kebimbangan pengundi tentang ekonomi Amerika Syarikat (AS) walaupun mencatat pertumbuhan pekerjaan, perbelanjaan sihat serta Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) lebih baik daripada jangkaan, isu yang menjengkelkan ahli ekonomi dan strategi politik Demokrat.

Dalam tinjauan pendapat tersebut, persepsi negatif terhadap prestasi kerja Biden melebihi pandangan positif dengan sekurang-kurangnya 16 mata peratusan dan lebih daripada 20 mata di empat negeri.

Trump mendapat penarafan yang tidak memihak kepadanya untuk  menerajui White House di hanya satu daripada tujuh negeri iaitu Arizona.

Trump turut dilihat mempunyai kecergasan fizikal dan mental yang lebih baik untuk memegang jawatan Presiden oleh 48 peratus responden, berbanding 28 peratus yang diperoleh Biden.

Tinjauan daripada 4,200 undian melibatkan sekitar 600 di setiap tujuh negeri dijalankan pada 17 hingga 24 Mac lalu. 

Ia mempunyai margin ralat tambah atau tolak 1.5 mata peratusan untuk sampel penuh dan empat mata bagi keputusan di setiap negeri.-  REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN