Pemimpin parti pemerintah Korea Selatan letak jawatan, kalah pilihan raya

Pemimpin parti pemerintah Korea Selatan letak jawatan, kalah pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemimpin parti pemerintah Korea Selatan meletak jawatan selepas gagal memperoleh semula majoriti dalam pilihan raya Parlimen semalam.

“Saya memohon maaf kepada rakyat kerana gagal dipilih. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya dan berundur daripada jawatan saya,” kata Pemimpin Parti Kuasa Rakyat, Han Dong Hoon kepada pemberita.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo turut menawarkan untuk meletakkan jawatan selepas parti tersebut dikalahkan oleh pembangkang liberal.

“Perdana Menteri menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan,” kata seorang pegawai kanan presiden kepada pemberita.

Keputusan itu memberikan tamparan hebat kepada Presiden, Yoon Suk Yeol dan meninggalkan beliau sebagai pemerintah yang ‘patah sayap’ ketika menghabiskan tiga tahun baki penggalnya.

Selain Duck Soo, anggota kanan pentadbiran yang lain turut mengemukakan surat peletakan jawatan mereka kepada Suk Yeol hari ini.

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) dan stesen penyiaran, Parti Demokrat (DP) diunjurkan menguasai lebih 170 daripada 300 kerusi bagi sidang Parlimen baharu dengan lebih 99 peratus undi dikira setakat 5.55 pagi waktu tempatan semalam.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN