Pelawak UK diarah tukar gambar hot dog dari poster persembahan 

Pelawak UK diarah tukar gambar hot dog dari poster persembahan 

POSTER baharu persembahan Ed Gamble di platform laluan Bakerloo di stesen Embankment, London.-AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelawak United Kingdom (UK), Ed Gamble diarah menukar gambar hot dog pada poster promosi persembahan komedi terbaharunya di stesen kereta api bawah tanah kerana imej itu melanggar larangan terhadap pengiklanan makanan ringan di lokasi berkenaan.

Poster untuk persembahan Hot Diggity Dog menunjukkan Gamble duduk di atas meja dengan kesan mustard dan sos tomato pada bajunya di hadapan sepinggan hot dog yang sudah dimakan separuh.

Gamble yang bingung dengan arahan itu, terpaksa menggantikan gambar hot dog tersebut dengan timun dan poster baharu kemudian diluluskan.

“Selepas semakan iklan, kami menasihatkan bahawa elemen tersebut perlu dialih keluar atau dikaburkan untuk memastikan ia mematuhi dasar kami.

“Iklan yang sudah disemak kini disiarkan kembali di rangkaian kemudahan kami dan pihak syarikat sentiasa gembira bekerjasama dengan orang ramai untuk memastikan iklan mematuhi dasar kami,” jelas operator pengendali stesen tersebut.

Pelawak yang menghidap diabetes dan menjadi hos bersama podcast makanan Off Menu berkata, dia menghormati maksud peraturan iklan itu yang bertujuan membantu membendung obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Tetapi poster baharu mempromosikan sesuatu yang lebih berbahaya, idea bahawa timun boleh digandingkan dengan sos tomato dan sos mustard.

“Yang jelas saya tidak mengadu tentang publisiti tambahan yang dijana oleh kes itu. Poster-poster itu semakin melampaui nilainya sekarang,” katanya.

Sejak 2019, Transport for London melarang sebarang iklan mempromosikan makanan tinggi lemak, gula dan garam diletakkan di stesen kereta api bawah tanah dan perkhidmatan bas di bandar itu. 

Syarikat itu juga menyekat iklanmempromosikan bentuk badan yang tidak sihat atau tidak realistik.

Tahun lepas poster untuk persembahan Tony n’ Tina’s Wedding yang memaparkan kek perkahwinan besar turut diarah untuk dialihkan.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN