NATO cadang pakej bantuan AS$107 bilion kepada Ukraine

NATO cadang pakej bantuan AS$107 bilion kepada Ukraine

JENS STOLTENBERG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg mencadangkan pakej bantuan ketenteraan selama lima tahun berjumlah 100 bilion euro (AS$107 bilion atau RM511.8 bilion) yang akan memberi pakatan Barat peranan langsung dalam usaha menyokong Ukraine.

Di bawah rancangan itu, NATO akan mengambil alih beberapa kerja penyelarasan daripada gabungan ad-hoc diketuai AS yang dikenali sebagai kumpulan Ramstein.

Diplomat berkata, langkah itu direka sebahagiannya untuk mengawal sebarang sekatan sokongan AS jika bekas Presidennya, Donald Trump kembali ke White House.

Cadangan itu dijangka akan dibincangkan pada mesyuarat dua hari menteri luar NATO sebelum memuktamadkan pakej tepat ketika sidang kemuncak di Washington pada Julai ini.

Sehingga kini, NATO mengehadkan kepada penghantaran bantuan bukan senjata ke Ukraine  kerana bimbang peranan yang lebih langsung boleh mencetuskan peningkatan ketegangan dengan Russia. 

Kebanyakan ahlinya kini menyediakan senjata ke Ukraine melalui perjanjian secara dua hala.

“Terdapat pandangan dalam NATO bahawa masanya sudah tiba untuk meletakkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine pada tahap lebih mampan dan jangka panjang dengan pakatan Barat adalah yang terbaik untuk mengambil sebahagian besar daripada peranan itu.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan itu, pertubuhan akan mewujudkan Misi NATO untuk Ukraine, walaupun masih belum jelas sama ada usaha itu akan beroperasi di dalam negara.

“Sesetengah negara berhati-hati untuk menamakan operasi itu sebagai misi. Stoltenberg berkata, rancangan itu sebahagiannya untuk melindungi daripada ‘angin perubahan politik’ dalam mana-mana anggota NATO tetapi Trump berada dalam fikiran ramai orang,” kata seorang diplomat kanan NATO.

NATO enggan mengulas secara terperinci mengenai cadangan Stoltenberg tetapi seorang pegawai  berkata, menteri luar akan membincangkan cara terbaik mengatur sokongan perikatan itu kepada Ukraine dan menjadikannya lebih berkuasa, boleh diramal dan berkekalan”.

Menurut diplomat, perbincangan mengenai cadangan itu berada di peringkat awal dan tidak jelas sama ada jumlah yang diletakkan akan diterima kerana semua keputusan NATO memerlukan konsensus 32 ahli perikatan itu.

“Terdapat beberapa cara untuk melindungi bantuan dalam kes melibatkan Trump. Tetapi adalah mustahil untuk mencipta sesuatu yang kalis Trump. Dana yang dicadangkan kelihatan sangat optimis, mengetahui betapa sukarnya untuk bersetuju dengan jumlah yang lebih kecil di peringkat EU,” tambah diplomat itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN