Houthi mengaku serang kapal Barat

Houthi mengaku serang kapal Barat

PEMANDANGAN udara kapal True Confidence berbendera Barbados yang terbakar berikutan serangan peluru berpandu Houthi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Tentera Houthi di Yemen mendakwa melancarkan roket dan dron ke atas kapal Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Israel, sasaran terbaharu kempen serangannya bagi menyokong rakyat Palestin dalam perang di Gaza.

Kumpulan bersekutu Iran itu berkata, anggotanya menyasarkan sebuah kapal Britain dan beberapa kapal frigat AS di Laut Merah, termasuk menyerang dua kapal Israel yang menuju ke pelabuhan Israel di Laut Arab dan Lautan Hindi.

Menurut jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree dalam satu kenyataan di televisyen, operasi tersebut berlaku dalam tempoh tiga hari lalu tanpa memberikan butiran lanjut mengenai serangan itu.

Britain dan AS dilaporkan turut melancarkan serangan balas terhadap Houthi.

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata, tentera AS memusnahkan sistem peluru berpandu darat ke udara mudah alih di kawasan yang dikawal Houthi di Yemen Sabtu lalu.

Tentera AS juga menembak jatuh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu di atas Laut Merah dengan sebuah kapal pakatan turut mengesan, terlibat dan memusnahkan satu peluru berpandu anti-kapal.

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan dalam dua kejadian itu.

Terdahulu, firma keselamatan Britain, Ambrey memaklumkan menerima maklumat yang menunjukkan sebuah kapal diserang  Ahad lalu di Teluk Aden kira-kira 102 batu nautika barat daya Mukalla di Yemen.

“Kapal-kapal di kawasan sekitar dinasihatkan supaya berhati-hati dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan,” kata firma itu.

Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) turut melaporkan serangan peluru berpandu yang mendarat berhampiran sebuah kapal di 59 batu nautika di barat daya Teluk Aden.

 “Kelasi kapal melaporkan peluru berpandu memberi kesan kepada air berdekatan dengan kawasan pelabuhan kapal. Tiada kerosakan pada kapal dan anak kapal dilaporkan selamat,” kata UKMTO dalam satu nota nasihat.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN