Tapak kaki besar bingungkan penduduk di barat daya England

Tapak kaki besar bingungkan penduduk di barat daya England

KESAN tapak kaki itu dipercayai mungkin milik Bigfoot. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah kesan tapak kaki agak besar yang ditemukan di sepanjang laluan pantai Devon di barat daya England, membingungkan penduduk tempatan.

Lapor metro.co.uk, sekumpulan individu terjumpa kesan tapak kaki misteri itu ketika sedang berjalan bersama penganjur Rock Solid Coasteering di lokasi berkenaan.

Kumpulan individu itu percaya kesan tapak kaki itu mungkin milik Bigfoot.

Kesan tapak kaki besar itu ditemukan berhampiran Maiden Combe di laluan pantai Torquay pada hujung minggu lalu, dan kini menjadi persoalan ia kepunyaan siapa.

Menurut kumpulan individu itu, kesan tapak kaki besar tersebut mungkin muncul dari kawasan hutan berdekatan walaupun laluan berkenaan berlumpur.

“Kesan tapak kaki itu datang dari arah hutan dan mengikut laluan pantai sejauh kira-kira 20 meter sebelum berpatah balik ke kawasan hutan,” jelasnya.

Kumpulan individu menyifatkan penemuan itu amat `pelik’, dengan seorang daripadanya mengakui kesan tapak kaki itu agak besar.

“Saya menggunakan kasut saiz 11 dan kesan tapak kaki ditemukan itu dikatakan lebih besar lagi,” katanya. 

Pada 2006, laporan penampakan haiwan hutan yang besar di United Kingdom (UK) tersebar selama sekitar enam minggu, dengan 15 saksi tampil mendakwa melihat Bigfoot.   

Saksi berkenaan mendakwa makhluk itu kelihatan seperti kera dengan ketinggiannya sekitar lima kaki, berambut perang menutupi seluruh badan, berwajah hijau dan tiada ekor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN