SINGAPURA: Sekolah Singapura akan menambah kandungan kesedaran tentang bahaya dadah dalam banyak mata pelajaran berikutan peningkatan kes penyalahgunaan bahan terlarang itu yang melibatkan golongan muda di bawah umur 30 tahun. Menurut Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K Shanmugam, ketika ini kandungan anti dadah sudah diajar dalam pendidikan karakter dan kewarganegaraan (CCE) serta pelajaran sains. Namun kerajaan menetapkan untuk memperluaskannya kepada mata pelajaran lain. Ini termasuk Kertas Am yang baru-baru ini diwajibkan untuk pelajar di kolej rendah dan Institut Millennia. Mulai tahun ini, Singapura juga akan mengisytiharkan hari tahunan untuk mengingati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya