TEL AVIV: Negara haram Israel berisiko diboikot seluruh dunia sekiranya Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu masih berdegil mahu menyerang Rafah di Semenanjung Gaza.
Amaran itu dikeluarkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken semasa mengadakan pertemuan dalam misi damai ke Asia Barat.
“Kami berkongsi matlamat untuk menewaskan Hamas, namun operasi tentera darat dalam skala besar di Rafah bukanlah caranya.
“Ia berisiko menyebabkan lebih ramai orang awam terbunuh serta mencetuskan malapetaka lebih besar dan menghalang bantuan kemanusiaan di wilayah konflik itu.
“Tindakan itu bahkan berisiko besar menyebabkan Israel menjadi terasing di seluruh dunia serta menjejaskn keselamatan jangka panjangnya,” katanya lapor Reuters.
Sebelum ini, Netanyahu dengan angkuh dan mendabik dada mahu mealncarkan operasi serangan sendiri jika Washington tetap menentang rancangan untuk memasuki sempadan selatan wilayah itu.
Beliau juga dilihat semakin buntu dalam mengalahkan pejuang Hamas tanpa memasuki Rafah.
Pegawai Kanan Israel dan AS dijadualkan mengadakan pertemuan di Washington minggu depan bagi membincangkan alternatif lain memburu pejuang Hamas.










