Saintis boleh hapuskan HIV dari sel dijangkiti

Saintis boleh hapuskan HIV dari sel dijangkiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan saintis dari Universiti Amsterdam mendakwa boleh menghapuskan HIV daripada sel yang dijangkiti menggunakan teknologi penyuntingan gen Crispr yang pernah memenangi Hadiah Nobel. 

Bertindak seperti gunting, pada tahap molekul, ia memotong Asid deoksiribonukleik (DNA) supaya bit ‘buruk’ dapat dikeluarkan atau dinyahaktifkan, lapor BBC.  

Harapannya sudah tentu untuk menyingkirkan virus sepenuhnya daripada tubuh badan, walaupun masih banyak lagi usaha diperlukan untuk memeriksa sama ada ia selamat dan berkesan. 

Ubat HIV sedia ada boleh menghentikan virus tetapi tidak boleh menghapuskan virus itu sama sekali. 

Pasukan saintis itu membentangkan sinopsis, abstrak atau penemuan awal mereka semasa persidangan perubatan minggu ini, yang menjelaskan penyelidikan mereka kekal sebagai ‘bukti konsep’ dan bukan menjadi penawar untuk HIV dalam masa terdekat. 

Pensyarah Teknologi Sel Stem dan Terapi Gen, Universiti Nottingham, Prof. Madya Dr. James Dixon berpandangan penemuan tersebut masih memerlukan penelitian lanjut. 

“Lebih banyak kerja perlu dilakukan bagi menunjukkan keputusan ujian sel ini boleh berkesan di seluruh badan untuk terapi pada masa depan,” katanya. 

Pakar Virus di Institut Francis Crick, London, Dr. Jonathan Stoye berkata, membuang HIV daripada semua sel yang terdapat di dalam tubuh badan adalah kerja yang ‘sangat mencabar’. 

“Kesan luar sasaran rawatan dengan kemungkinan kesan sampingan jangka panjang kekal menjadi kebimbangan.

“Walaupun Crispr ini mungkin berkesan, tetapi masih memerlukan beberapa tahun lagi sebelum ia boleh menjadi rutin rawatan,” katanya. 

Dalam masa sama, saintis lain turut cuba menjalankan ujikaji Crispr bagi melawan HIV. 

Selepas tempoh 48 minggu, Excision BioTherapeutics mendapati tiga sukarelawan yang mempunyai HIV tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN