Remaja ditahan bawa kuda masuk apartment

Remaja ditahan bawa kuda masuk apartment

SEEKOR kuda betina cuba disembunyikan di sebuah apartment di Wejherowo, Poland.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Seorang remaja berusia 19 tahun berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun gara-gara mencuri seekor kuda dan cuba menyembunyikan haiwan itu di dalam apartmentnya. 

Pegawai polis di Wejherowo, Poland yang menerima aduan kecemasan mengenai seorang lelaki cuba membawa kuda naik ke tingkat tiga bangunan kediaman itu mengakui awalnya menyangka ia sekadar panggilan gurauan.

Pemanggil yang tinggal di apartment sama bertegas terdapat seekor kuda dewasa sedang menaiki tangga bangunan mereka dan penduduk benar-benar memerlukan bantuan polis untuk menangani situasi itu.

Polis yang kemudiannya akur untuk ke lokasi tersebut terkejut melihat seekor kuda dewasa besar berada di tingkat atas bangunan sementara seorang pemuda sedang bertengkar dengan jiran-jiran yang tidak berpuas hati dan cuba menghalangnya.

“Seorang remaja menarik seekor kuda betina menaiki tangga bangunan apartment yang dihuni ramai keluarga.

“Lelaki itu mahu membawa masuk kuda tersebut ke dalam rumahnya di tingkat tiga. Siasatan mendapati dia mencuri haiwan itu dan cuba menyembunyikannya.

“Dia tidak memikirkan betapa sukar untuk menyimpan seekor kuda betina dewasa di apartment dua bilik tidurnya sekali pun jika dia berjaya membawa masuk haiwan itu melalui pintu depan rumahnya,” kata jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Wejherowo, Anetta Potrykus.

Polis menganggarkan harga kuda itu sekitar 15,000 zloty Poland (RM17,910).

Haiwan berkenaan kemudian dipulangkan semula kepada pemiliknya dan remaja itu didakwa atas tuduhan mencuri. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN